Friday, February 09, 2007

Hozou Kaanangan Minggu Diti - Sabah VFM

Hi...semua journal berkaitan dengan Hozou Kaanangan Minggu Diti - Sabah VFM yang saya pernah post di multiply tu saya kasi copy dan compiled semua di sini....Jadi update yang akan datang semua berada di sini la...kio...Ok, sepa2 yang terlupa sudah dengan susunan carta tu...boleh check this out, k!!!
Pencalonan Baru
Pada 21hb Oktober lalu, lebih kurang jam 2.50pm..time tu saya masi lagi Plaza Wawasan sebab pelancaran album si Pet baru habis...Kami masi cerita-cerita di depan booth promosi untuk album-album artis Kadus...Tiba-tiba jak, my sis, Cindy telefon saya sambil dengan excitednya dia kestau yang lagu saya kuar di rancangan carta Hozou Kaanangan Minggu Diti di Sabah VFM siaran bahasa Kadazan. Rupa-rupanya lagu Ganit Ginavoku masuk dalam pencalonan baru untuk masuk carta....Saya pun terlompat-lompat sudah time tu..Hahaha!!!!!!
Apalagi saya pun berabislah kunun kestau kawan-kawan dan ahli keluarga saya supaya dorang boleh mengundi la lagu saya kunun..Hehehe...Saya pun berabis sudah mau mengundi juga lagu saya ni sebab sekurang-kurangnya lama sikit lah ba juga kunun dalam carta...hehehe..kalau tidak malunya saya tu kalau baru satu minggu sudah terkeluar dari carta...Hahaha...Ai..palis-palis...
Oh ya...tadi ada satu adik angkat saya Melisa Magdalene telefon saya..Lama sudah tidak jumpa budak ni..Dulu kami sama-sama aktif dalam aktiviti church di St. Peter's Catholic Church, Kunak...Rindu juga sama dorang semua ni tapi, tidak apalah..nanti kalau ada masa berjumpa juga akhirnya...
Ok..take care semua...Happy Holiday dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin!!!!

Minggu Pertama Dalam Carta - 28 Oktober 2006
Ini update untuk carta Hozou Kaanangan Minggu Diti pada 28 Oktober 2006:-

1) Oi Ina (Rufena Eusibius) - Kod: 3
2) Usaponku Ganit Ginavonu (Usal Jon Gavis & Martha Ginun) - Kod: 6
3) Mosik (Boni Mosios) - Kod: 5
4) Ganit Ginavoku (Yeah! Yeah! Saya bai ni!! Hahaha!!) - Kod: 4
5) Timpu Di Poguhu (Denis Gais) - Kod: 2
6) Mandad Sisimba (Betcy Michael) - Kod: 1

Rancangan carta ni ke udara setiap Sabtu bermula pukul 2.30 petang hanya di Sabah VFM Kosohimbaan Boos Kadazan. Cara untuk mengundi adalah seperti berikut:

Taip LPK Kod dan hantar ke 32770
Contoh: LPK 4

P/s: Ba, jangan kamu lupa undi saya ba...Hehe..Kalau sudi la.....Bole dengar clip lagu di www.d-eq.com/studio

Thanks to all my family and friends yang banyak undi lagu saya sampaikan dapat juga nombor 4 dalam minggu pertama..Siok ni..!!! Hahaha!!!!

Minggu Kedua Dalam Carta- 04 November 2006
Hi...ini update untuk Carta Hozou Kaanangan Minggu Diti pada 04 November 2006...Check this out!!!

1) Oi Ina - Rufena E. (Kod: 3)
2) Usaponku Ganit Ginavonu - Usal JG & Martha G. (Kod: 6)
3) Ganit Ginavoku - Yeah! Yeah! Ni lagu saya naik 1 anak tangga..Hehe... (Kod: 4)
4) Mosik - Boni Mosios (Kod: 5)
5) Timpu Di Poguhu - Denis Gais (Kod: 2)
6) Mandad Sisimba - Betcy Michael (Kod: 1)

Ba...jangan lupa undi saya kio....Taip jak LPK 4 dan hantar ke 32770

Thank to all of you yang susah-susah undi lagu saya....Kalau boleh undila lagi kio...Hehehe....

Hi....hari ni saya happy betul mau buat update untuk HKMD..hehe...Kenapa? Ba...tengok sendiri la susunan carta untuk minggu ni, kio.....

Minggu Ketiga Dalam Carta - 11 November 2006
1) Ganit Ginavoku (Yeah!! Yeah!! Nah kan...itulah ba saya happy...) - Kod: 4
2) Oi Ina (Rufena Eusibius) - Kod: 3
3) Usaponku Ganit Ginavonu (Usal JG & Martha Ginun) - Kod: 6
4) Mosik (Boni Mosios) - Kod: 5
5) Timpu Di Poguhu (Denis Gais) - Kod: 2

Lagu Terkeluar: Mandad Sisimba (Betcy Michael)

Pencalonan Baru: Aiso Pilotian Om Piunungan (Joseph Majakui) - Kod: 1

Cara mengundi: Taip LPK KOD dan hantar ke 32770
Contoh: LPK 4

P/s: Thanks la sama semua rakan-rakan yang sudi mau undi ni lagu sampai dapat juga merasa di tangga pertama carta..Hehe...Meskipun ada suara-suara sumbang yang mengatakan kejuaraan itu disebabkan oleh isu 'undi diri sendiri' tapi saya tetap percaya pada lagu tersebut. Bagi saya, lagu saya tu tetap ada keistimewaannya yang tersendiri sehingga membuatkan orang terbuka hati juga mau mengundi lagu tersebut...Anyway, tepuk dada tanya selera la kan...

0 comments: