Thursday, November 15, 2007

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 4 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Wednesday, November 14, 2007

Gas (Petrol) Tips

Someone who has been in petroleum
pipelin e business for about 31 years
and is currently working for the Kinder-
Morgan Pipeline in San Jose, CAwrote
the following information:

We deliver about 4 million gallons in a
24-hour period from the pipe line;
one day it's diesel, the next day it's
jet fuel and gasoline. We have 34
storage tanks here with a total
capacity of 16,800,000 gallons. Here
are some tricks to help you get your
money's worth.

1. Fill up your car or truck in the
morning when the temperature is still
cool. Remember that all service
stations have their storage tanks
buried below ground; and the colder the
ground, the denser the gasoline. When
it gets warmer gasoline expands, so if
you're filling up in the afternoon or
in the evening, what should be a gallon
is not exactly a gallon. In the
petroleum business, the specific
gravity and temperature of the fuel
(gasoline, diesel, jet fuel, ethanol
and other petroleum products) are
significant. Every truckload that we
load is temperature-compensa ted so
that the indicated gallonage is
actually the amount pumped. A one-
degree rise in temperature is a big
deal for businesses, but service
stations don't have temperature
compensation at their pumps.

2. If a tanker truck is filling the
station's tank at the time you want to
buy gas, do not fill up; most likely
dirt and sludge in the tank is being
stirred up when gas is being delivered,
and you might be transferring that
dirt from the bottom of their tank into
your car's tank.

3. Fill up when your gas tank is half-
full (or half-empty), because the
more gas you have in your tank the less
air there is and gasoline evaporates
rapidl y, especially when it's warm.
(Gasoline storage tanks have an
internal floating 'roof' membrane to
act as a barrier between the gas and
the atmosphere, thereby minimizing
evaporation.)

4. If you look at the trigger you'll
see that it has three delivery
settings : slow, medium and high. When
you're filling up do not squeeze the
trigger of the nozzle to the high
setting.
You should be pumping at the SLOW
setting, thereby minimizing vapors
created while you are pumping. Hoses at
the pump are corrugated; the
corrugations act as a return path for
vapor recovery from gas that already
has been metered. If you are pumping at
the high setting, the agitated
gasoline contains more vapor, which is
being sucked back into the
underground tank, so you're getting
less gas for your money.

Hope this will help ease your 'pain at
the pump'!

Monday, November 12, 2007

MAJALAH SAME - 2nd Edition

Majalah SAME (Sabah's Artist & Music Entertainment) terbitan Monggoyo Infotainment Wave (MIFVE) telah dilancarkan dengan rasminya pada 09 November 2007 yang lalu bertempat di Kompleks Asia City, Kota Kinabalu. Akhirnya, sebuah majalah yang ditunggu-tunggu oleh para peminat seni tempatan Sabah lahir juga dan nampaknya respons yang diterima daripada para pembaca agak positif.


Berbanding dengan edisi percubaan yang lalu, edisi ke-2 ini lebih mantap dan padat dari segi isi dan penyampaian. Kualiti warna juga saya rasa lebih baik berbanding edisi yang lalu. Satu pencapaian yang membanggakan oleh tenaga kerja Majalah SAME ini kerana berjaya membuktikan peningkatan yang ketara dari edisi ke edisi.


Saya mendapat maklumat bahawa majalah ini hanya akan dikeluarkan secara edisi, bermakna bila cukup info yang hendak diketengahkan barulah penerbitan dibuat. Ini membuatkan majalah ini istimewa pada setiap keluaran.


Cadangan saya untuk edisi akan datang, diharap SAME dapat mempelbagaikan lagi info berkaitan dengan artis dan muzik di Sabah ini. Seperti yang kita sedia maklum, negeri Sabah mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunyai pelbagai etnik tapi masih dapat hidup dengan aman dan saling menghargai budaya masing-masing. Mengikut pengamatan saya, info berkaitan dengan artis-artis genre Dusun/Kadazan masih menguasai majalah ini. Saya amat berharap agar SAME dapat mencungkil cerita-cerita menarik daripada artis-artis Sabah yang memperjuangkan seni mereka melalui bahasa lain seperti Bajau, Murut, English, Melayu, Cina dan sebagainya. Bukannya bahan seperti ini belum ada diketengahkan oleh SAME, namun nampaknya masih agak kurang berbanding artis-artis Dusun/Kadazan. Saya rasa, mengikut pengalaman saya sebagai pembaca dan mempunyai ramai rakan yang meminati seni tempatan ini, majoriti daripada mereka adalah berbangsa Melayu, Bajau dan Cina. Apabila saya membawa majalah SAME Edisi Pertama dan Kedua kepada mereka, komen yang saya terima adalah mereka kurang terhibur dengan isi yang diketengahkan kerana mereka tidaklah minat sangat dengan artis-artis Dusun/Kadazan ini. Mereka ingin mencari cerita berkaitan dengan artis tempatan Sabah yang mereka minati dan semestinya bukan dari golongan yang menyanyikan Dusun/Kadazan. Semua ini hanyalah pandangan umum daripada saya sebagai seorang pembaca dan pemerhati, namun segala baik buruknya cadangan saya ini adalah atas budi bicara sidang redaksi majalah ini.


Untuk para pembaca dan peminat seni tempatan Sabah, anda dialu-alukan untuk mendapatkan majalah ini yang berharga hanya RM 9.00 senaskhah sahaja. Majalah ini mengandungi 72 muka surat bercetak (semua muka surat adalah berwarna). Saya kurang pasti sekiranya majalah ini telah diedarkan ke kedai-kedai, namun demikian anda boleh berhubung terus dengan SAME Magazine dengan menghantarkan email ke same_magazine@hotmail.com atau menghubungi MIFVE di talian 088-755730.


Kepada warga kerja SAME Magazine, selamat berjaya...

P/s:
Saya cuba upload gambar 'front cover' majalah ni di sini tapi nampaknya 'internet connection' di ofis saya kurang baik so, for more info about this mag, please pay a visit to http://www.kadusmusic.com/.

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (10/11/2007) - MINGGU KE 31

  1. MINOGIVANG KO POMUANDAMAN KU - Danny F. Malinggi
  2. OI INA - Rufena Eusibius
  3. DANDI - Alice Gadid
  4. PATATAPO GINAVO - Rohbot Angkangon
  5. KOPOSIZON - P. Dik Ganai
  6. PIGINAVAAN '92 - Remy Jimmy Mambaam
  7. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN - Joseph Majakui
  8. GANIT GINAVOKU - Sandy Sherel James
  9. IGITANKU II DANDI NU - Adolf Jamet
  10. TIAD HINAPAAN KIDUM - Edith John

Saturday, November 10, 2007

Info

Ini ada beberapa info macamana member2 yang kebetulan tersesat di blog ni (hehe!) mau contact saya...Check this out!!!

Cbox

Kamurang boleh tinggalkan pesan dan ur personal contacts di dalam cbox saya..nanti saya akan contact kamurang balik...

Email me

Kamurang juga boleh email saya di didieaj@yahoo.com atau didieaj@gmail.com. Mungkin saya tidak terus dapat reply la tu email sebab fast or slow depends to my internet connection here..Haha!! Tapi I can guarantee u, I will reply all emails...

Friendster

Untuk member2 yang ada friendster tu, kasi add ja saya dalam friend list kamurang k...My url is http://profiles.friendster.com/didieaj. Jangan lupa pi lawat k...

Kadus Entertainment website

Kamurang boleh juga contact saya melalui profile saya di KE http://www.kadusmusic.com. Nick name saya sana ialah SaNDySJ. Kamu private message saya k...

Ini cuma info saja untuk member-member yang kadang-kadang sudah lama tidak berhubung tapi bertemu semula di blog saya ni...Jadi, jangan lupa contact saya k....Untuk teman-teman baru pun kalau mau contact, dialu-alukan ba...Tiada masalah..Hehe...

Thanks and keep in touch bebeh!!!

Several happening events in KK!!!

Dalam masa beberapa minggu ni ada beberapa events yang cukup happening berlaku di sekitar Bandaraya KK ni...Dimulakan dengan Kadus Entertainment (KE) 2nd Annual Gathering bertempat di Koisaan Cafe pada 20 Oktober 2007 yang lalu...Saya betul-betul mau pigi time tu tapi masalahnya time tu ngam-ngam juga birthday saya jadi sebelah siang ada kenduri di rumah uncle saya sebelah rumah sebab anak buah saya genap 1 tahun (dia lahir pada 19/10/2006)..lepas tu malam sambung la pula di rumah saya untuk birthday saya tapi bukan kenduri la just a small party among my family members...Keesokan harinya pula saya pigi di Kunak driving kasi kawan kakak saya pulang sebab dia keja sana di SK Kunak 2, abis sudah cuti sekolah kan time tu..Mula-mula tu saya ingat lepas party di rumah, saya mau pi singgah sana Koisaan Cafe tidak kiralah walaupun lewat sudah tapi ingat-ingat lagi kalau saya pi sana mesti kena paksa minum oleh si LUGU..hehe..ndak ba, jadi takut juga kogutan nanti tidak boleh driving pi Kunak keesokan harinya...Miss la pula saya ni tahun tapi inda apa lah saya dengar-dengar macam ada Christmas Gathering lagi tapi masih dalam perancangan...Kali ni saya tidak mau miss oh..

Pada 08/11/2007 (Khamis), ngam-ngam Deepavali punya public holiday, album VINUSAK dilancarkan sana Kompleks Asia City..Saya mau pigi tapi saya kena keja juga tu walaupun public holiday..itulah orang bilang kalau sendiri mandur sendiri kuli ni..kalau inda keja, ba, tiadalah makan..Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang ja la ba saya ni..Hehe...Ndak pa la, saya tengok2 tu gambar di sana KE macam siok oh..Tidak pa la...saya tengok gambar sajalah...

Keesokan harinya (09/11/2007 - Jumaat), pelancaran majalah SAME di tempat yang sama..Mesti happening tu event kan...sedih juga tidak dapat pigi tapi itulah saya keja baitu kan..mana dapat pigi..Anyway to all tenaga kerja of SAME Magazine, keep up the good work, bro!!!

For more info, please pay a visit to http://www.kadusmusic.com

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (03/11/2007) - MINGGU KE 30

  1. MINOGIVANG KO POMUANDAMAN KU (Danny F. Malinggi)
  2. OI INA (Rufena Eusibius)
  3. PATATAPO GINAVO (Rohbot Angkangon)
  4. KOPOSIZON (P. Dik Ganai)
  5. DANDI (Alice Gadid)
  6. IGITAN KU II DANDI NU (Adolf Jamet)
  7. TIAD HINAPAAN KIDUM (Edith John)
  8. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James)
  9. PIGINAVAAN '92 (Remy Jimy Mambaam)
  10. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui)

Setelah beberapa minggu berada di dalam carta, akhirnya lagu favorite saya "Minogivang Ko Pomuandaman Ku" menjadi juara untuk minggu ni...Harap-harap lagu ni akan bertahan lama di tempat teratas carta sebab memang ni lagu siok sangat..hehe..Untuk mengundi lagu Danny FM ni boleh taip LPK DAN dan hantar ke 32770 dan jangan lupa juga lagu saya tu k...kasi up sikit...Untuk lagu saya taip ja LPK SAN dan hantar ke 32770. Tq..

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (27/10/2007) - MINGGU KE 29

  1. PATATAPO GINAVO (Rohbot Angkangon)
  2. OI INA (Rufena Eusibius)
  3. KOPOSIZON (P. Dik Ganai)
  4. DANDI (Alice Gadid)
  5. PIGINAVAAN '92 (Remy Jimy Mambaam)
  6. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui)
  7. IGITANKU II DANDI NU (Adolf Jamet)
  8. MINOGIVANG KO POMUANDAMAN KU (Danny F. Malinggi)
  9. TIAD HINAPAAN KIDUM (Edith John)
  10. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James)

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (20/10/2007) - MINGGU KE 28

  1. OI INA (Rufena Eusibius)
  2. PATATAPO GINAVO (Rohbot Angkangon)
  3. MINOGIVANG KO POMUANDAMAN KU (Danny F. Malinggi)
  4. PIGINAVAAN '92 (Remy Jimy Mambaam)
  5. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui)
  6. DANDI (Alice Gadid)
  7. TIAD HINAPAAN KIDUM (Edith John)
  8. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James)
  9. IGITANKU II DANDI NU (Adolf Jamet)
  10. KOPOSIZON (P. Dik Ganai)

Hari ni birthday saya...saya sangka terkeluar sudah tu lagu saya ni minggu sebab minggu lalu tangga 2 di bawah..Nasib baik naik juga sikit la...kalau tidak ngam2 saya 1 tahun tu lagu sebab start kena calon dulu 21/10/2006. Ba...jangan lupa undi kio lagu saya tu supaya bertahan juga sampai pertandingan 'live' LPK nanti bulan Februari tahun depan..Mana tau saya dapat masuk..Hehe..

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (13/10/2007) - MINGGU KE 27

Untuk susunan carta pada minggu ke 27 ni, saya tidak dapat list yang lengkap sebab time tu tiada dengar radio..saya pi outstation somewhere la...hehe..jadi, member2 yang tau susunan ni tolong email sama saya kio di didieaj@yahoo.com.

Yang saya tau keputusannya hanyalah No. 1 - Patatapo Ginavo (Rohbot Angkangon), No.9 - Minogivang Ko Pomuandaman Ku (Danny F. Malinggi) dan No. 10 - Lagu saya la!! Hehe!! Ganit Ginavoku.

Nantilah saya cari2 dulu sebab my mum cakap dia ada salin tapi itu kertas sudah terbang entah ke mana..masih juga ada tu di rumah..tersisip di mana-mana..

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (06/10/2007) - MINGGU KE 26

  1. PATATAPO GINAVO (Rohbot Angkangon)
  2. OI INA (Rufena Eusibius)
  3. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui)
  4. TIAD HINAPAAN KIDUM (Edith John)
  5. KOPOSIZON (P. Dik Ganai)
  6. PIGINAVAAN '92 (Remy Jimmy Mambaam)
  7. DANDI (Alice Gadid)
  8. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James)
  9. MINOGIVANG KO POMUANDAMAN KU (Danny F. Malinggi)
  10. IGITANKU II DANDI NU (Adolf Jamit)