Saya cuba upload gambar 'front cover' majalah ni di sini tapi nampaknya 'internet connection' di ofis saya kurang baik so, for more info about this mag, please pay a visit to http://www.kadusmusic.com/.
Monday, November 12, 2007
MAJALAH SAME - 2nd Edition
Saya cuba upload gambar 'front cover' majalah ni di sini tapi nampaknya 'internet connection' di ofis saya kurang baik so, for more info about this mag, please pay a visit to http://www.kadusmusic.com/.
By
Sandy
at
11:57 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
Saturday, November 10, 2007
Several happening events in KK!!!
By
Sandy
at
12:02 PM
0
comments
Labels: Music n Movie
Sunday, September 09, 2007
Tolong kawan kempen...ba, belanja nanti ah...Hehe...
By
Sandy
at
10:39 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
Tuesday, August 28, 2007
KONSERT MERDEKA SABAH VFM (SIARAN KADAZAN) 2007
By
Sandy
at
3:34 PM
12
comments
Labels: Music n Movie
Sunday, July 15, 2007
SANDY SHEREL JAMES - Dapat sokongan padu keluarga ceburi bidang nyanyian
SANDY SHEREL JAMES – Pendatang Baru Dalam Hiburan Tempatan Sabah
Mungkin beliau tidak begitu menonjol dalam hiburan tempatan di Sabah, namun bagi peminat peminat lagu kadazan yang bertajuk "Ganit Ginavoku" ini, sudah tentu nama Sandy Sherel James adalah satu nama yang tidak asing bagi mereka. Lagu "Ganit Ginavoku" ini yang mungkin telah mencipta sejarah dalam Carta Lagu Popular Kadazan yang kini masih bertahan sejak dicalonkan 21 Oktober 2006, terus gah berada dalam carta tersebut.
Mendekati penyanyi yang cilik dan periang ini sudah cukup jelas menunjukkan kemesraan yang begitu ketara yang ditunjukkan. Gadis yang berusia 26 tahun dan berbintang Libra ini mula meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi. "Saya mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak sekolah rendah lagi dengan menyertai kumpulan koir sekolah dan juga di gereja. Saya mula menceburi bidang ini secara serius pada tahun 1999 setelah tamat Tingkatan 5. Sejak dari itu, saya aktif menyertai sebarang aktiviti nyanyian di sekitar daerah Kunak" jelas Sandy.
Sandy yang meminati penyanyi penyanyi seperti Alicia Keys, Mariah Carey, Ning Baizura, KRU, Evaristus Gungkit, Roger Alum dan Francis Landong ini juga meminati bidang tarian selain daripada nyanyian. "Disebabkan minat yang begitu mendalam itulah yang mendorong saya untuk terus bergiat aktif di dalam bidang seni. Keluarga saya terutamanya kedua-dua ibu bapa saya menjadi pendorong utama dan sentiasa menjadi 'orang kuat' di dalam penglibatan saya di bidang seni ini. Selain itu, teman-teman rapat saya juga sentiasa menyokong apa yang saya lakukan ini. Saya amat bersyukur juga sebab mempunyai keluarga yang meminati bidang seni dan sentiasa terlibat dengan semua aktiviti kesenian saya" ujar Sandy.
Sandy pernah bergelar johan dalam Bintang Kamatan Peringkat Daerah Kunak pada tahun 1999. Beliau juga pernah mendapat johan dalam pertandingan Malam Bintang Bakti Masyarakat Peringkat Daerah Kunak anjuran Kastam DiRaja Malaysia pada tahun 2002.
Menyentuh tentang lagu "Ganit Ginavoku" yang telah menjulang naik nama penyanyi ini, Sandy berkongsi cerita yang lagu terebut memang berkisarkan pengalaman hidupnya sendiri. Lagu ini hasil ciptaannya bersama sama dengan kakak serta adiknya, Cynthia dan Ian, sememangnya mempunyai satu melodi yang mengasyikkan.
"Saya mempunyai banyak lagu di dalam simpanan saya kerana kami (saya, Cynthia dan Ian) sememangnya rajin mencipta lagu-lagu, kemudian membuat rakaman sendiri dan mendengarnya berulang-ulang kali. Terdapat dua belas buah lagu yang sudah saya rakamkan iaitu sepuluh buah lagu bersama dengan RTM dan dua lagu lagi bersama D'EQ Production. Daripada dua belas buah lagu itu, terdapat dua buah lagu Kaamatan dan sebuah lagu Krismas (duet bersama adik saya, Ian). Lagu-lagu yang lain semuanya berunsurkan cinta dan juga kehidupan. Lagu-lagu saya lebih berunsurkan balada dan juga saya suntik sedikit dengan unsur R & B secara sederhana di dalam cara penyampaian lagu. Saya dalam perancangan untuk merakamkan lebih banyak lagu dan mengongsikannya kepada pendengar" ujar Sandy lagi.
Ditanya tentang perancangan rakaman album pada masa akan datang, Sandy menjawab "Saya belum mempunyai sebarang perancangan untuk membuat album dalam masa terdekat ini. Saya menyanyi kerana minat dan hobi di samping ingin berkongsi minat dan lagu saya bersama dengan para pendengar. Mungkin di masa akan datang, saya akan ada juga album sendiri tapi bukan dalam jangka masa terdekat ini".
Sandy yang memandang bidang seni ini sebagai sebahagian daripada minat, pada masa ini juga sibuk menguruskan perniagaannya. "Sekarang saya berkerja sendiri dalam perniagaan kecil-kecilan saya. Nama kedai saya ialah Sandy Stationery Shop dan bertempat di Plaza Kingfisher, Likas. Perkhidmatan yang kedai saya tawarkan adalah seperti perkhidmatan fotokopi, menaip, percetakan dan sebagainya. Perniagaan ini baru beroperasi selama setahun lebih" ujar Sandy.
Ditanya apakah perancangan Sandy pada masa yang terdekat ini, beliau menegaskan ingin merakamkan lebih banyak lagu, bukan saja dalam bahasa Kadazan, tapi juga dalam bahasa Melayu dan English. "Saya masih berusaha untuk meningkatkan pengetahuan di dalam bidang seni" kongsinya.
Di akhir temubual ini, Sandy ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama ini sebagai penyanyi. Penghargaan ini juga beliau tujukan kepada para penyampai radio di RTM bahagian Kadazan yang seringkali memutarkan lagu lagunya tanpa jemu. "Dan kepada semua peminatnya yang telah mengundinya dalam carta lagu popular Kadazan selama ini, semoga anda semua senantiasa diberkati" ujar Sandy sambil mengakhiri perbualan tersebut.
By
Sandy
at
1:16 PM
3
comments
Labels: Music n Movie
Thursday, May 24, 2007
Siaran Rakaman...
- Tarikh : 31hb. Mei, 2007 (Khamis)
- Masa : 03.15 petang
Ok guys...jangan lupa tau dengar nanti hanya di Sabah VFM Kosohimbaan Boos Kadazan, k...Kamurang dengar la, then nanti kasi komen la sikit-sikit pasal persembahan saya tu supaya boleh jadi lebih baik pada masa yang akan datang...
Ok..thanks...
By
Sandy
at
9:47 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
Wednesday, May 23, 2007
Konsot Kaamatan Sabah VFM Kosohimbaan Boos Kadazan 2007...Noikot Vinasi!!!
By
Sandy
at
11:24 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
Saturday, May 19, 2007
KONSOT KAAMATAN SABAH VFM KOSOHIMBAAN BOOS KADAZAN 2007
- Tarikh : 22hb. Mei, 2007 (Selasa)
- Tempat : Balairaya Kampung Mook, Kinarut
- Masa : 07.00 malam
- Artis yang terlibat: Martha Ginun, Janrywine J. Lusin, Betcy Michael, Joseph Majakui, Janniri Sipaji, Remy Jimmy, Lina Sawi dan yang paling penting.... Sandy Sherel James (hehe!).
Sepa-sepa yang ada kelapangan tu, bolehlah sama-sama datang dan memeriahkan lagi rakaman konsert tu nanti, k...Ok, kita jumpa di sana...
By
Sandy
at
3:46 PM
0
comments
Labels: Music n Movie
Saturday, February 17, 2007
Cuti!!!!
By
Sandy
at
3:20 PM
2
comments
Labels: Music n Movie
Friday, February 09, 2007
Desire: Table For Three
Desire: Table For Three
Star:
Chris DeRose (Joey Gamarra), Vivian Gray (Suzy Edwards), Sofia Milos (Victoria Marston), Eliana Alexander (Rita Thomas), Al Bandiero (Peter Evans), Daniel Bernhardt (Vincent), Kelly Albanese (Cara Gamarra), Nate Haden (Louis Thomas), Derika Abraham (Kate), Fiona Hunter (Erica), Michelle Belegrin (Andrea Zavatti), Zack Silva (Alex Thomas), Gregg Strouse (Cully), Tomy Dunster (George Marston)
Sheryl Crow - Always On Your Side
(Lagu tema Desire: Table For Three)
Harap2 pengganti siri ni sekarang iaitu "Fashion House" bole buat saya duduk ja depan TV tiap2 malam..Hehe!!! Sekurang-kurangnya terisi juga hidup saya ni...Penat2 keja hari2, itu ja la hiburan saya..Tengok TV..Hehe!!
By
Sandy
at
11:56 AM
2
comments
Labels: Music n Movie
Hizab Do Krismas
12hb Disember yang lalu si Peter (sitaring) sudah siap bikin master untuk tu lagu, trus saya amik malam tu juga...Keesokan harinya saya buat temujanji dengan DJ Denis Primus untuk hantar tu lagu...Lebih kurang pukul 11.30 pagi (13hb Disember), saya dan adik saya, Ian pi la di RTM untuk submit tu cd...
Yang sioknya, petang tu ngam-ngam DJ Denis tu bertugas ganti rakan setugas dia, jadi, dia trus kasi main tu lagu kami...Melompat-lompat saya dengar...Hahaha!!!
By
Sandy
at
11:46 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
Hizab Do Krismas - New Christmas Song
Saya mau buat ni lagu ala-ala "O Holy Night" yang versi Mariah Carey punya baitu....Kamurang bole dengar tu lagu sini http://didieaj.multiply.com/music/item/25
Semalam saya sama adik saya pi jumpa si Peter (sitaring) di D'EQ Studio tapi kami tunggu di bawah jak la...Saya sudah bagi tu demo sama dia jadi hujung minggu ni dia try bikin arrangement la untuk tu lagu...Kalau semuanya okey..dalam minggu depan saya bole rekod sudah then pi antar di RTM untuk sisip-sisip dalam siaran Radio Kadazan dalam bulan Disember ni....
Saya harap ni lagu ni orang suka dengar la...Nanti kalau tu lagu keseluruhannya sudah siap...saya akan upload di multiply saya supaya kamurang bole dengar, kio....
That's all for now....
By
Sandy
at
11:37 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
Projek Terbaru - Krismas
Hi....mmm..actually, dalam masa satu minggu ni, saya sangat sibuk dengan bermacam-macam kerja..Nasib jak saya dapat kuar juga malam-malam untuk melepaskan tekanan....Oh ya semalam saya pi di Pusakag, kasi kawan si Usal pi rakam lagu versi Kadazan dia..Asal tu lagu tajuk dia "Sinduol Ginawoku", iaitu dalam bahasa Dusun tapi sudah kena translate pi bahasa Kadazan...jadilah ia "Sinduo Ginavoku"...Okey jugalah proses rakaman semalam, cuma, macam masih teragak-agak dengan sebutan dan pembahagian sukukata...maklumlah lagu yang kena translate, kan...
Mmm....lagu Krismas untuk Usal saya sudah lama kasi siap, cuma sekarang kena tunggu adik saya, Ian, balik Sabah dulu...ni hari dia sampai sini KK ni...saya mau minta tolong adik saya buat music arrangement untuk lagu Krismas si Usal tu, then, barulah boleh hantar tu demo yang cantik sikit untuk bikin minus one dan proses rakaman untuk studio...Saya tidak taulah si Usal mau pi rakam di mana..Pusakag atau D'EQ..mana-mana dialah..yang penting saya sudah bikin lagu tu untuk dia....Sibuk-sibuk cerita pasal si Usal saja ni....nanti kena gosip lagi oleh si YaN...haha!!! Bukanlah apa, tapi kami dua si Usal ni kan best friend..macam adik beradik da...itulah pasal apa-apa aktiviti dia...saya pi juga menyelit di situ..Haha!!!
Sekarang ni, selain mau bikin music arrangement untuk lagu Krismas si Usal tu, projek terkini saya sekarang ialah saya tengah dalam proses menyiapkan lagu Krismas untuk diri saya sendiri...Konsep lagu ni biasalah...mestilah R & B..hehe...tapi mungkin juga lebih menjurus ke arah gospel sikit....Kalau dulu si Usal punya konsep lebih kepada "joy & meriah" tapi saya punya ni saya ingat saya akan arrange ni lagu jadi lebih gospel sikit...Harap-harap semuanya okey dan saya dapat rakam lagu ni untuk hantar pi RTM dalam bulan 12 nanti....Sekarang ni, itu jaklah perancangan jangka pendek saya...bikin lagu, rakam dan hantar pi Sabah VFM...untuk projek yang lebih besar...nantilah palan-palan...sebab nanti kalau terlampau kelam kabut nanti apa-apa pun semua tidak jadi, kan.....
Nantilah saya akan post juga lirik lagu Krismas saya nanti kalau sudah siap....k....
By
Sandy
at
11:24 AM
0
comments
Labels: Music n Movie
