Tuesday, March 06, 2007

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI-03/03/2007

Hai...seperti biasa, saya buat update untuk carta HKMD minggu lalu...Ok, check this out!!

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI - 03/03/2007

  1. OI INA - Rufena Eusibius (Kod: 3)

  2. GANIT GINAVOKU - Sandy Sherel James (Kod: 4)

  3. MOSIK - Boni Mosios (Kod: 5)

  4. AISO PILOTION OM PIUNUNGAN - Joseph Majakui (Kod: 1)

  5. TIMPU DI POGUHU - Denis Gais (Kod: 2)

  6. USAPONKU GANIT GINAVONU - Usal Jon Gavis & Martha Ginun (Kod: 6)

Minggu lalu tu naik juga la lagu saya tu...Biasalah tu sekarang ni pun sudah 19 minggu lagu tu dalam carta jadi mestilah ada naik turun, kan...

Thanks sama semua yang sudi mengundi lagu saya tu, k....

Wednesday, February 28, 2007

8 Tanda Persahabatan Berakhir

Hai...lama tidak buat update blog ni kan..Bukan apa, tiada idea ba mau tulis apa sebab tiada juga apa-apa perkara menarik yang berlaku sejak akhir-akhir ni...

Tadi, saya ada baca satu artikel tentang perhubungan persahabatan ni...Saya sedih juga sebab baru-baru ni saya dapat rasa yang saya telah kehilangan seorang sahabat... Entah di mana silapnya.. mungkin masing-masing ego mempertahankan diri sendiri jadi akhirnya...persahabatan putus begitu saja...

Di sini saya mau share sikit pasal tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu persahabatan itu telah berakhir...Jadi kalau kesemua tanda-tanda ini dapat kamurang hidu di dalam hubungan persahabatan kamurang..baa...bersiap-sedialah unyuk menerima kehilangan seorang sahabat pada bila-bila masa...

8 Tanda Persahabatan Berakhir

1. Sukar Dihubungi

Mungkin sahabat telah berpindah atau menukar nombor telefon tanpa memberitahu kamu. Ini menandakan si sahabat sedang cuba menjauhkan diri dari kamu!

2. Sahabat Tidak Lagi Mencari Kamu

Sukar untuk kamu menjejaki sahabat itu. Malah, kamu hanya mendapat khabar mengenainya itu pun hanya dari kawan-kawan yang lain.

3. Hilang Tanpa Khabar

Kamu tidak tau ke mana hilangnya sahabat itu. Dalam seminggu mungkin sekali saja kamu dapat menghubunginya. Itupun pelbagai alasan yang diberi seperti sedang sibuk, penat atau sedang bersiap-siap untuk bekerja di luar daerah untuk beberapa bulan!

4. Tidak Mempedulikan Kamu

Sahabat itu tidak lagi bertanya khabar mengenai diri kamu!

5. Hadiah yang Kamu Berikan Dimusnahkannya

Beberapa kali kamu terserampak dengannya, dia tidak lagi memakai jam yang kamu hadiahkan kepadanya seperti selalu. Malah gambar kamu berdua yang biasa tersimpan di dalam dompetnya juga sudah tidak kelihatan lagi...

6.Tiada Lagi Ucapan di Hari-hari Istimewamu!

Baik kamu telah meraih kejayaan kerana tamat pengajian atau kamu baru sahaja meraikan hari lahirmu, si sahabat langsung tidak memberikan sebarang ucapan selamat buat dirimu.

7. Mendampingi Sahabat Baru

Setiap kali kamu ajak sahabat itu untuk bertemu, dia akan membawa seorang kawan baru di sisinya. Malah dia dan rakannya itu kelihatan tergesa-gesa untuk meninggalkan kamu seperti ada program lain selepas itu.

8. Berterus Terang

Sahabat itu berterus terang dengan menyatakan bahawa kamu dengannya sudah tidak mempunyai persefahaman lagi. Malah pelbagai kata-kata dan persepsi negatif diberikan olehnya. Sahabat itu seolah-olah tidak yakin dengan hubungan persahabatan tersebut. Maka kamu harus menerima hakikat bahawa dia tidak mahu lagi meneruskan hubungan persahabatn dengan kamu lagi!!!


Ha...macamana? Pernah alami situasi macam ni ka?? Saya ada juga baru-baru ni..Tiba-tiba jak si kawan ni diamkan diri..Kalau kita sms, sepatah2 jak yang dia jawab..Dulu sama-sama kaki lepak, tiba-tiba kalau saya ajak kuar lepak minum...diam2 ja..kalau dia balas pun sms...banyaklah alasan2 yang dia bagi tu..Hehe...Sekarang saya tidak ganggu dia lagi la..tapi saya harap dia sentiasa maju dalam apa saja yang dia buat...:-)

Saturday, February 24, 2007

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI - 24/02/2007

Okay, check out susunan carta HKMD untuk minggu ni, k....

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI - 24/02/2007


  1. OI INA (Rufena Eusibius) - Kod: 3

  2. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui) - Kod: 1

  3. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James) - Kod: 4

  4. MOSIK (Boni Mosios) - Kod: 5

  5. USAPONKU GANIT GINAVONU (Usal JG & Martha G) - Kod: 6

  6. TIMPU DI POGUHU (Denis Gais) - Kod: 2

Alah...jatuh bedebuk tu lagu saya ni...Sedih saya..Tidak pa la, mana tau minggu-minggu depan boleh naik lagi..kan...Hehe..Anyway, thankslah pada semua yang mengundi, k...

Saturday, February 17, 2007

Cuti!!!!

Happy Chinese New Year!!!!

Sempena CNY ni saya cuti 3 hari dari hari Ahad sampailah hari Selasa..Rabu baru keja balik la..Hehe..Lama sudah saya rasa saya tidak cuti, dari hujung tahun lalu sampai awal tahun ni saya bz memanjang ja...

Tidak banyak plan saya time cuti ni..Paling-paling pun saya mau buat acara membersihkan rumah saya tu..Haha!! Lama da tidak kena peduli...Lagi, saya mau masak2 di rumah..Baru-baru ni saya ada beli non-stick pan dan non-stick wok..jadi saya bertambah rajin masak tau..Haha!! Lagipun, sejak saya tutup cafe saya hujung tahun 2005 tu kan, lama da saya tidak men'chef'kan diri..Sepatutnya kan cita-cita saya ni kan mau jadi chef ba tapi, ntahlah pula kenapa bila masuk UiTM pi amik Accountancy pula...

Dalam cuti 3 hari ni juga, saya mau kasi siap satu lagu baru saya bikin...Selama ini, baru siap melodi untuk verse dan bridge saja..Chorusnya tidak pandai dapat2..Lagu ni, melodinya 8 beat la..biasalah tu kalau lagu si Sandy..Hehe!! Tema lagu ni tentang "Chenta" la juga tapi tedalah yang putus2 cinta macam lagu Ganit Ginavoku tu...Kamurang tunggu ja la kemunculan lagu ni, k...Kalau saya da siap buat demo, gerenti saya pi cari si Peter punya mau pi record...Lepas record, boleh kamurang dengar la tu....Tunggu sajalah..nanti saya kestau juga tu....

Selain dari aktiviti membersih, memasak dan mencipta lagu, satu lagi aktiviti yang mesti saya buat time cuti ni ialah tidur...Haha...Lama sudah saya ni jadi insomnia, tidak boleh tido padahal penatnya keja hari-hari..Time mau tido, tidak boleh lelap langsung...Jadi time cuti, saya akan paksa diri tido puas-puas..Haha!!!!

Oklah...apapun yang kamurang buat time cuti ni, harap-harap semua pun enjoy la k...But, always take care la...Taulah musim perayaan ni, banyak juga yang mau ambil kesempatan...One more thing, berhati-hati di jalan raya....

May God bless us all!!!

Chow!!

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI - 17/02/2007

Hi...saya buat update lagi untuk carta HKMD minggu ini...Check this out!!!

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (17/02/2007)
  1. GANIT GINAVOKU (SANDY SHEREL JAMES) - KOD: 4
  2. OI INA (RUFENA EUSIBIUS) - KOD: 3
  3. MOSIK (BONI MOSIOS) - KOD: 5
  4. TIMPU DI POGUHU (DENIS GAIS) - KOD: 2
  5. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (JOSEPH MAJAKUI) - KOD: 1
  6. USAPONKU GANIT GINAVONU (USAL JG & MARTHA GINUN) - KOD: 6

Untuk makluman kamurang juga, minggu ni adalah minggu yang ke 17 saya berada di dalam carta sejak dicalonkan pada 21/10/2006 yang lalu. Termasuk minggu ni, saya sudah pernah dapat no. 1 dalam carta sebanyak 9 kali...Syukur laa...Ada juga kawan-kawan yang sudi undi..Thanks la banyak-banyak, k...

Oh ya untuk member-member yang belum pernah dengar ni lagu, terutamanya yang berada di Semenanjung Malaysia tu, kamurang boleh dengar di sini:

http://didieaj.multiply.com/music/item/31

Ada juga member-member yang saya sudah kirim cd untuk dengar..So far, yang mendengar tu suka juga ni lagu jadi happy lah juga ni!!! :-)

Thanks again.....

Wednesday, February 14, 2007

Happy Valentine's Day!!!!


It's Valentine's Day!!!

Waa...mesti banyak plan kamurang ni, kan... Tahun ni, saya masih single lagi jadi saya tidak pi dating2 la ni tahun..Haha!! Malam ni, saya celebrate dengan my mum ja la di rumah..Masak yang special2 sikit...dalam fridge saya red wine ada, beer pun ada..pilih yang mana satu la...Yang kurang cuma teda chocolate cake...Ingat mau buat sendiri tapi teda masa betul, bz sangat2.. Jadi, paling2 saya pi beli di bakery ja la...Hehe...


Mau celebrate "Hari Kasih Sayang" ni bukannya semestinya dengan kekasih ja, kan...(ini kata-kata orang yang teda boyfriend, haha!!)..kita boleh juga celebrate dengan family, close friends atau dengan kelab orang-orang single la..Haha..Adakah kelab macam tu ya..macam saya mau masuk pula...

Dulu-dulu, pernah juga celebrate Valentine's Day, tapi tedalah yang Da' Bomb sangat sebab maklumlah time tu masih study lagi, cinta pun cinta monyet saja..Paling-paling pun pi KFC makan..then pi tengok wayang ja la....Mau cakap yang romantik sangat tu memanglah teda...Hehe...

Seingat-ingat saya pun sambutan Valentine's Day yang paling siok bagi saya ialah pada tahun 2004...Kami buat celebration di Dewan Mini Gereja St. Peter, Kunak...Kami buat potluck party, ada games, karaoke, menari2, exchange gifts...Best ba...

Time tu saya ada partner juga la, belum 'declare' lagi tapi sudah hangat-hangat dibuai perasaan la kononnya..Haha....

Semua yang datang time tu pakai baju merah, semua hadiah pun kena bungkus pakai red wrapper....Hadiahnya? Mestilah coklat!!!



Harap-harap ni tahun saya dapat teman hidup...Haha!!! Desperate sudah ka? Hehe...Well, saya tidak mau mencari sudah ni takut salah-salah lagi..biarlah tu Mr. Right yang datang cari saya....Mau rajin-rajin sembayang la ni..minta jodoh..Kah! Kah! Kah!



So, to all of you, wish you all the best in your life, let love fills your life....Happy Valentine's Day!!! Muuuaaahhhh!!!!!!

Saturday, February 10, 2007

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI - 10/02/2007

Hai....lama rasanya saya tidak buat apa-apa update untuk carta HKMD, kan...Untuk pengetahuan kamurang semua, lagu saya "Ganit Ginavoku" tu masih lagi kekal dalam carta la..Tapi, biasalah...naik turun tu...Hehe...

Okey, ini update untuk minggu ni...

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (10/02/2007)
  1. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James) - Kod: 4
  2. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui) - Kod: 1
  3. OI INA (Rufena Eusibius) - Kod: 3
  4. MOSIK (Boni Mosios) - Kod: 5
  5. USAPONKU GANIT GINAVONU (Usal JG & Martha Ginun) - Kod: 6
  6. TIMPU DI POGUHU (Denis Gais) - Kod: 2

Mmm...minggu ni naik balik pi no. 1, last week no. 2..Tapi, sekarang ni kedudukan dalam carta sukar diduga sebab cepat berubah....

Ok, kalau kamurang rasa-rasa bermurah hati mau mengundi tu, buat ja macam ni, k....

Taip LPK(jarak)Kod dan hantar ke 32770.

Contoh: LPK 4

Thanks...

Friday, February 09, 2007

Hello again!!!

Hi...thanks k sebab sudi melayan karenah saya yang sikit2 mau tukar blog ni...Hehe!! Bukan apa la, saya inda pandai pakai tu..banyak setting yang saya inda faham...Hehe..Macam saya ni kan baru2 ba belajar mem'blog'kan diri jadi belum pandai lagi...

Harap2 ni blogspot ni kekal la sebab semua member pun majoriti pakai yang ini..senang sikit mau tanya kalau ada yang saya inda faham....

So, secara rasminya..kalau kamurang mau teda apa2 lagi mau buat tengah boring tu, kalau mau lawat blog saya, lawat yang ini ja la k....

Thanks!!!

Desire: Table For Three

Siri "Desire: Table For Three" yang ditayangkan di Star World setiap Ahad - Jumaat, jam 10:00 malam sudah habis....Yang sioknya, ending cerita tu semuanya bikin puas hati..Ya la happy ending kan...

Desire: Table For Three

Star:

Chris DeRose (Joey Gamarra), Vivian Gray (Suzy Edwards), Sofia Milos (Victoria Marston), Eliana Alexander (Rita Thomas), Al Bandiero (Peter Evans), Daniel Bernhardt (Vincent), Kelly Albanese (Cara Gamarra), Nate Haden (Louis Thomas), Derika Abraham (Kate), Fiona Hunter (Erica), Michelle Belegrin (Andrea Zavatti), Zack Silva (Alex Thomas), Gregg Strouse (Cully), Tomy Dunster (George Marston)
Recurring Role:
Xavier Tournaud (Christoph), Ron Gilbert (Harold Zavatti)


Sheryl Crow - Always On Your Side

My yesterdays are all boxed up and neatly put away
But every now and then you come to mind
Cause you were always waiting to be picked to play the game
But when your name was called, you found a place to hide
When you knew that I was always on your side


Well everything was easy then, so sweet and innocent
But your demons and your angels reappeared
Leavin' all the traces of the man you thought you'd be
Leavin' me with no place left to go from here
Leavin' me so many questions all these years


But is there someplace far away, someplace where all is clear
Easy to start over with the ones you hold so dear
Or are you left to wonder, all alone, eternally
This isn't how it's really meant to be
No it isn't how it's really meant to be


Well they say that love is in the air, but never is it clear,
How to pull it close and make it stay
Butterflies are free to fly, and so they fly away
And I'm left to carry on and wonder why
Even through it all, I'm always on your side


But is there someplace far away, someplace where all is clear
Easy to start over with the ones you hold so dear
Or are we left to wonder, all alone, eternally
But is this how it's really meant to be
No is it how it's really meant to be


Well if they say that love is in the air, never is it clear
How to pull it close and make it stay
If butterflies are free to fly, why do they fly away
Leavin' me to carry on and wonder why
Was it you that kept me wondering through this life
When you know that I was always on your side


(Lagu tema Desire: Table For Three)


Harap2 pengganti siri ni sekarang iaitu "Fashion House" bole buat saya duduk ja depan TV tiap2 malam..Hehe!!! Sekurang-kurangnya terisi juga hidup saya ni...Penat2 keja hari2, itu ja la hiburan saya..Tengok TV..Hehe!!

New Year, New Hope!!!

Sedar tidak sedar, sudah 1 bulan berlalu dalam tahun 2007 ni kan...Semakin hari, umur semakin meningkat, tanggungjawab semakin bertambah, hutang pun semakin banyak...Hahaha!!!! Walau bagaimanapun, macam tu la hidup bah kan...mana siok kalau inda ada cabaran...

Kalau saya imbas balik pengalaman saya sepanjang tahun 2006, peratus bagi pengalaman indah dan yang buruk ni boleh saya cakap 50-50 la!!! Kalau pengalaman yang sederhana tu macam tiada...Semua pun kalau bukan terlalu indah...terlalu buruk...Hahaha!!!!

Awal tahun 2006, saya pindah ke KK dan buat satu pertaruhan besar dalam hidup saya, iaitu memulakan satu bisnes di satu bandar besar...Ya la, walaupun saya ni dilahirkan di KK tapi saya membesar dan bersekolah sampai abis Form 5 di Kunak...Sampaikan kadang2 saya rasa macam Kunak tu la pula kampung halaman saya...Hujung bulan 12 lalu saya ada drive pulang pi Kunak, tapi 3 hari ja saya sana...Terlepas lah juga rindu sebab dapat juga saya pi lawat2 kawan-kawan rapat saya di sana....Yang tambah siok tu pula, kawan2 saya ni kan, jumpa jak dengan saya tau apa dorang cakap? Hehe.... "Eh Sandy, kurus sudah ko...Apa rahsia?" Nah, berbunga-bunga baitu perasaan..Hehe!! Kawan2 yang di KK jangan terkejut ah, kalau kamurang nampak saya sekarang ni tidaklah sekurus mana, cubalah imagine macamana dulu, sampai orang di Kunak cakap saya sudah kurus!!! Hahahahahaha!!!!!!!!!

Sekarang ni da 1 tahun saya di KK, so far kalau dinilai bisnes saya ni, walaupun kecil-kecilan dan simple jak tapi sebenarnya cukup memberangsangkan lah juga...Saya dapat pengajaran dari pengalaman yang lalu iaitu dalam bisnes ada beberapa perkara asas yang kita mesti tau...antaranya:

1. Modal mesti ada

Modal tu besar atau kecil depends la kepada kecil atau besarnya bisnes yang kita mau buat tu...Lebih baik kalau kita ada modal sendiri tanpa membuat loan dari mana2 tempat untuk mulakan bisnes tu...Kalau terpaksa me'loan' pun, cuba buat loan dengan family members untuk mengelakkan disaman dan something like that la....
Rasionalnya napa lebih baik pakai own savings untuk start a business ialah kita belum tau bisnes yang kita buka tu akan memberi pulangan atau tidak. Bila kita start ja mau cari kedai yang mau disewa, beli stocks, machinery, furniture, trading licence, signboard, etc... kita sudah kena keluarkan banyak duit sedangkan pendapatan belum ada yang masuk...On the first day buka kedai pun, bukan boleh expect berpusu-pusu customers yang datang, kan....Based on my experience, yang sekarang ni bisnes sendiri saya yang ke 2, sekurang-kurangnya kena tunggu 4-5 bulan kita buka perniagaan tu baru kita dapat collect untung....Yang bulan2 terawal tu, segala income untuk cover all the costs ja....
That's why saya cakap kalau kita ada modal sendiri untuk buka bisnes, pakai ja dulu modal sendiri..Bila da beberapa lama buka bisnes dan kita dapat nilai da yang bisnes tu boleh "hidup", barulah try pi buat loan di MARA ka, di Bank ka atau mana2 la....

2. Bank Statement

Satu lagi perkara penting dalam running the business ialah kena ada Bank Statement...Tapi, mau tau bukan senang mau buka Current Account di KK ni sebab asal mau buka CA kena ada introducer jadi manalah ada saya kenal siapa2 sini yang ada CA dan sanggup jadi introducer lagi ni....Last2 dapatlah juga saya buka satu CA untuk bisnes saya ni di RHB Bank (Cawangan Inanam) dengan abang saya jadi introducer...Ya la, abang saya tu manager (bahagian credit) di RHB Bank Head Quarters, Gaya Centre. Jadi senanglah sikit mau buka tu akaun.
Setiap urusan mesti mau ada bank statement, macam orang yang keja makan gaji la, ada slip gaji kan...Macam saya yang keja sendiri, bank statement la nyawa saya..Hehe...

3. Mahir dalam perkhidmatan yang diberikan

Bisnes saya ni lebih kepada menawarkan perkhidmatan daripada menjual barangan... Walaupun simple ja bisnes saya ni tapi andainya saya tidak mahir buat, habislah saya...Lainlah kalau jual barang ja, kita boleh display di rack kita punya barang-barang, hias kedai cantik2 dan tunggu orang datang pi beli. Tapi, macam bisnes saya ni kan, mesti saya mau pandai bikin tu servis baru berani mau buka bisnes....That's whylah saya cakap mesti mau mahir, kalau inda berapa mahir pun, kena ada basic yang kuatlah sebab kita akan jadi lebih berani untuk menawarkan perkhidmatan tu pada orang, kan...
Macam bisnes yang saya buka ni, saya rasa siapa2 pun boleh buat sebab bukan susah. Asalkan pandai menggunakan komputer, otak cepat pick-up cara2 mengendalikan mesin, ada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi dan juga mesti sangat cerewat dalam menghasilkan satu2 produk tu...Hehe...Saya selalu imagine, saya jadi customer jadi macamana kualiti yang saya inginkan daripada satu2 kedai tu..itulah kita kena jadi cerewet...

4. Minat dan ada 'business-minded'

Yang penting kita minatlah dengan apa yang kita buat...Bukan buat bisnes ja, apa2 pun keja yang kita buat kan mesti ada minat yang kuat dalam benda yang dibuat tu...Mula2 tu takut juga saya sebab saya bni jenis yang cepat bosan..Walaupun mula2 tu minat gila dengan sesuatu tu tapi beberapa bulan kemudian saya akan jadi bosan dan kasi tinggal begitu sajalah..Hehe... Nasib baik dalam bisnes saya inda jadi gitu....
Buat bisnes, mesti mau ada "business-minded".... Tidak boleh terlampau fikir tentang "takut rugi" ataupun fikir pasal "untung" saja...Kena rasional la...Tidak juga boleh terlalu "murah hati" dan "cepat kesian"...Kena fikir juga tentang diri sendir..Tapi, inda bolehlah juga terlampau "cruel" dengan customer..Yang penting mesti mau rasional dan positif kalau mau buka bisnes, baru rasanya boleh bertahan lama.

Saya ni bukannya pandai sangat bisnes sebab saya pun baru start kan, harap2 bertahan lama la bisnes saya ni sehingga ke anak cucu..Hehe...At least saya bagi bayangan sikitlah untuk kawan2 yang tanya saya bagaimana saya boleh berani buat bisnes ni walaupun dengan modal yang kecil....Okeylah tu kan, saya ada bagi basics sikit lah apa yang boleh difikir sebelum buat keputusan mau start a business...

Apa yang saya harap dalam tahun 2007 akan memberikan sejuta harapan baru dalam hidup saya tidak kiralah dalam kerjaya, keluarga atau pun percintaan..Hehe!!! Macam sudah jumpa calon terbaik dalam hidup saya ni...Hehe!!!

Okey, wish all of you good luck in everything you do!!! God bless us!!! Peace no war!!!