Sunday, July 15, 2007

SANDY SHEREL JAMES - Dapat sokongan padu keluarga ceburi bidang nyanyian


Hi...ada artikel pasal saya kena siar dalam surat khabar New Sabah Times hari ni (15/07/2007)..saya try mau kasi masuk sini tapi terlampau lambat ni internet connection ba..jadi saya kasi paste saja artikel yang saya ambil dari Kadus Entertainment punya website. Kalau kamurang mau baca direct dari tu site bolehlah try click ni link k....


Oleh : TomKurus

Mungkin beliau tidak begitu menonjol dalam hiburan tempatan di Sabah, namun bagi peminat peminat lagu kadazan yang bertajuk "Ganit Ginavoku" ini, sudah tentu nama Sandy Sherel James adalah satu nama yang tidak asing bagi mereka. Lagu "Ganit Ginavoku" ini yang mungkin telah mencipta sejarah dalam Carta Lagu Popular Kadazan yang kini masih bertahan sejak dicalonkan 21 Oktober 2006, terus gah berada dalam carta tersebut.

Mendekati penyanyi yang cilik dan periang ini sudah cukup jelas menunjukkan kemesraan yang begitu ketara yang ditunjukkan. Gadis yang berusia 26 tahun dan berbintang Libra ini mula meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi. "Saya mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak sekolah rendah lagi dengan menyertai kumpulan koir sekolah dan juga di gereja. Saya mula menceburi bidang ini secara serius pada tahun 1999 setelah tamat Tingkatan 5. Sejak dari itu, saya aktif menyertai sebarang aktiviti nyanyian di sekitar daerah Kunak" jelas Sandy.

Sandy yang meminati penyanyi penyanyi seperti Alicia Keys, Mariah Carey, Ning Baizura, KRU, Evaristus Gungkit, Roger Alum dan Francis Landong ini juga meminati bidang tarian selain daripada nyanyian. "Disebabkan minat yang begitu mendalam itulah yang mendorong saya untuk terus bergiat aktif di dalam bidang seni. Keluarga saya terutamanya kedua-dua ibu bapa saya menjadi pendorong utama dan sentiasa menjadi 'orang kuat' di dalam penglibatan saya di bidang seni ini. Selain itu, teman-teman rapat saya juga sentiasa menyokong apa yang saya lakukan ini. Saya amat bersyukur juga sebab mempunyai keluarga yang meminati bidang seni dan sentiasa terlibat dengan semua aktiviti kesenian saya" ujar Sandy.

Sandy pernah bergelar johan dalam Bintang Kamatan Peringkat Daerah Kunak pada tahun 1999. Beliau juga pernah mendapat johan dalam pertandingan Malam Bintang Bakti Masyarakat Peringkat Daerah Kunak anjuran Kastam DiRaja Malaysia pada tahun 2002.

Menyentuh tentang lagu "Ganit Ginavoku" yang telah menjulang naik nama penyanyi ini, Sandy berkongsi cerita yang lagu terebut memang berkisarkan pengalaman hidupnya sendiri. Lagu ini hasil ciptaannya bersama sama dengan kakak serta adiknya, Cynthia dan Ian, sememangnya mempunyai satu melodi yang mengasyikkan.

"Saya mempunyai banyak lagu di dalam simpanan saya kerana kami (saya, Cynthia dan Ian) sememangnya rajin mencipta lagu-lagu, kemudian membuat rakaman sendiri dan mendengarnya berulang-ulang kali. Terdapat dua belas buah lagu yang sudah saya rakamkan iaitu sepuluh buah lagu bersama dengan RTM dan dua lagu lagi bersama D'EQ Production. Daripada dua belas buah lagu itu, terdapat dua buah lagu Kaamatan dan sebuah lagu Krismas (duet bersama adik saya, Ian). Lagu-lagu yang lain semuanya berunsurkan cinta dan juga kehidupan. Lagu-lagu saya lebih berunsurkan balada dan juga saya suntik sedikit dengan unsur R & B secara sederhana di dalam cara penyampaian lagu. Saya dalam perancangan untuk merakamkan lebih banyak lagu dan mengongsikannya kepada pendengar" ujar Sandy lagi.

Ditanya tentang perancangan rakaman album pada masa akan datang, Sandy menjawab "Saya belum mempunyai sebarang perancangan untuk membuat album dalam masa terdekat ini. Saya menyanyi kerana minat dan hobi di samping ingin berkongsi minat dan lagu saya bersama dengan para pendengar. Mungkin di masa akan datang, saya akan ada juga album sendiri tapi bukan dalam jangka masa terdekat ini".

Sandy yang memandang bidang seni ini sebagai sebahagian daripada minat, pada masa ini juga sibuk menguruskan perniagaannya. "Sekarang saya berkerja sendiri dalam perniagaan kecil-kecilan saya. Nama kedai saya ialah Sandy Stationery Shop dan bertempat di Plaza Kingfisher, Likas. Perkhidmatan yang kedai saya tawarkan adalah seperti perkhidmatan fotokopi, menaip, percetakan dan sebagainya. Perniagaan ini baru beroperasi selama setahun lebih" ujar Sandy.
Ditanya apakah perancangan Sandy pada masa yang terdekat ini, beliau menegaskan ingin merakamkan lebih banyak lagu, bukan saja dalam bahasa Kadazan, tapi juga dalam bahasa Melayu dan English. "Saya masih berusaha untuk meningkatkan pengetahuan di dalam bidang seni" kongsinya.

Di akhir temubual ini, Sandy ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama ini sebagai penyanyi. Penghargaan ini juga beliau tujukan kepada para penyampai radio di RTM bahagian Kadazan yang seringkali memutarkan lagu lagunya tanpa jemu. "Dan kepada semua peminatnya yang telah mengundinya dalam carta lagu popular Kadazan selama ini, semoga anda semua senantiasa diberkati" ujar Sandy sambil mengakhiri perbualan tersebut.



HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (14/07/2007) - MINGGU KE 14

  1. OI INA (Rufena Eusibius)
  2. KOPOSIZON (P. Dik Ganai)
  3. MOMOHIIU DIAU (Fhilix Don)
  4. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui)
  5. DANDI (Alice Gadid)
  6. PIGINAVAAN '92 (Remy Jimmy Mambaam)
  7. IGITANKU II DANDI DITO (Adolf Jamit)
  8. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James)-Kod: SAN
  9. AISO KOPIANTAKAN (Lenny James)
  10. INSAN TADAU KIVAA PONIMBA NU (Roger Alum)

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (07/07/2007) - MINGGU KE 13

  1. MOMOHIIU DIAU (Fhilix Don)
  2. OI INA (Rufena Eusibius)
  3. KOPOSIZON (P. Dik Ganai)
  4. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui)
  5. PIGINAVAAN '92 (Remy Jimmy Mambaam)
  6. DANDI (Alice Gadid)
  7. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James)-Kod: SAN
  8. AISO KOPIANTAKAN (Lenny James)
  9. INSAN TADAU KIVAA PONIMBA NU (Roger Alum)
  10. IGITANKU II DANDI DITO (Adolf Jamit)

Friday, July 06, 2007

WHAT DOES YOUR NAME SAY ABOUT YOU?

Ni artikel saya copy dari FS..saja kasi post sini sebab ada member2 yang teda FS...

S: easy to fall in love with.
A: you like to drink water
N: you like to drink a LOT of chocolate.
D: one in a million.
Y: best boy/girl friend any one can ask for.

S: easy to fall in love with
H: you have a very good personality, looks and a very good kisser.
E: great in bed.
R: fuckin crazy. (in a fun way)
E: great in bed.
L: unbelievably great in bed.

WHAT DOES YOUR NAME SAY ABOUT YOU?:

A: you like to drink water.
B: you like people.
C: you are really silly
D: one in a million.
E: great in bed.
F: you are dead sexy.
G: you never let people tell you whatto do.
H: you have a very good personality,looks and a very good kisser.
I: great in bed.
J: people adore u.
K: you're wild and crazy.
L: unbelievably great in bed.
M: great in bed.
N: you like to drink a LOT ofchocolate.
O: awesome kisser.
P: you are popular with all types ofpeople.
Q: you are hypocrite.
R: fuckin crazy. (in a fun way)
S: easy to fall in love with.
T: you're loyal to those you love
U: you are really silly.
V: you are not judgmental.
W: you are very broad minded.
X: you never let people tell you whatto do.
Y: best boy/girl friend any one canask for.
Z: always ready.

Tuesday, July 03, 2007

HARGA ROKOK NAIK LAGI

"KUALA LUMPUR: Duti eksais ke atas rokok dinaikkan kepada 15 sen berkuatkuasa pada pukul 4.00 petang Isnin daripada 12 sen sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan, di Kuala Lumpur.

Dengan kenaikan itu, duti bagi satu paket 20 batang rokok kini meningkat sebanyak 60 sen.

Kementerian Kewangan berkata, langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda. - Bernama"


Artikel di atas saya dapat dari Daily Express, hari ini (03/07/2007)..

Mmm...what a news!! Not a very good news to me, though...Haha..If u know what I mean...;-p

ANY IDEA?

It’s been a very busy days these few weeks. Terlampaula busy sehingga semua aktiviti social pun saya tidak boleh join…:-( Very sad… Baru-baru ni, ada sambutan Pesta Kaamatan Pertisa (“PERTISA” stands for “Persatuan Artis Tempatan Sabah”) pada 30 Jun – 01 Julai 2007. Saya terima phone call dan sms dari Mr. Evaristus suruh pi meeting dan sambutan perayaan tu...tapi, entahlah busy ba juga jadi semua pun saya tidak dapat pigi…

Sometimes, ada orang cakap dengan saya.. “Kasi updatelah blog ko tu, kasi masuklah cerita tentang aktiviti-aktiviti ko”…I keep thinking to myself, apa yang mau tulis ah sedangkan teda apa-apa aktiviti pun saya buat ni…Rutin harian saya hanyalah bangun pagi, pi kerja, balik rumah, keluar pi ‘cruising’, then balik rumah..trus zzzzz….. Satu hari dari 9 am – 8 pm memang dalam kerja la tu…from Monday to Sunday…Kadang-kadang ja la Sunday tu saya off atau pun saya keja half day…Jadi, apa cerita yang saya mau post ni..paling-paling cerita tentang carta ja la..Hehe…

Maybe, saya kena ubah lifestyle saya ni supaya tidak kebosanan…Selalunya saya rasa macam hidup saya ni amat membosankan….Asyik-asyik, makan, tidur, kerja, makan, tidur, kerja….Entahlah….

Jadi kesimpulannya, saya rasa saya mau cari aktiviti baru dan hobi baru supaya hidup ni lebih berwarna-warni..Kadang-kadang jealous juga kan tengok orang lain macam-macam aktiviti yang dibuat..banyak gambar-gambar yang boleh di’post’ di blog atau friendster..Saya ni, itu-itu ja la gambar yang ada..Haha…

So guys…any idea? Kalau ada aktiviti yang siok-siok, kasi rekemen la sama saya, k…

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (30/06/2007) MINGGU KE 12

1. KOPOSIZON (P. Dik Ganai) – Kod: DIK
2. MOMOHIIU DIAU (Fhilix Don) – Kod: LEX
3. AISO KOPIANTAKAN (Lenny James) – Kod: LEN
4. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui) – Kod: JOS
5. DANDI (Alice Gadid) – Kod: LIS
6. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James) – Kod: SAN
7. PIGINAVAAN ’92 (Remy Jimmy Mambaam) – Kod: REM
8. IGITANKU II DANDI DITO (Adolf Jamit) – Kod: DOF
9. INSAN TADAU KIVAA PONIMBA NU (Roger Alum) – Kod: ROG
10.OI INA (Rufena Eusibius) – Kod: RUF

HOZOU KAANANGAN MINGGU DITI (26/06/2007) – MINGGU KE 11

1. KOPOSIZON (P. Dik Ganai) – Kod: DIK
2. DANDI (Alice Gadid) – Kod: LIS
3. AISO KOPIANTAKAN (Lenny James) – Kod: LEN
4. AISO PILOTIAN OM PIUNUNGAN (Joseph Majakui) – Kod: JOS
5. PIGINAVAAN ’92 (Remy Jimmy Mambaam) – Kod: REM
6. GANIT GINAVOKU (Sandy Sherel James) – Kod: SAN
7. IGITANKU II DANDI DITO (Adolf Jamit) – Kod: DOF
8. MOMOHIIU DIAU (Fhilix Don) – Kod: LEX
9. INSAN TADAU KIVAA PONIMBA NU (Roger Alum) – Kod: ROG
10.OI INA (Rufena Eusibius) – Kod: RUF