Wednesday, February 28, 2007

8 Tanda Persahabatan Berakhir

Hai...lama tidak buat update blog ni kan..Bukan apa, tiada idea ba mau tulis apa sebab tiada juga apa-apa perkara menarik yang berlaku sejak akhir-akhir ni...

Tadi, saya ada baca satu artikel tentang perhubungan persahabatan ni...Saya sedih juga sebab baru-baru ni saya dapat rasa yang saya telah kehilangan seorang sahabat... Entah di mana silapnya.. mungkin masing-masing ego mempertahankan diri sendiri jadi akhirnya...persahabatan putus begitu saja...

Di sini saya mau share sikit pasal tanda-tanda yang menunjukkan bahawa sesuatu persahabatan itu telah berakhir...Jadi kalau kesemua tanda-tanda ini dapat kamurang hidu di dalam hubungan persahabatan kamurang..baa...bersiap-sedialah unyuk menerima kehilangan seorang sahabat pada bila-bila masa...

8 Tanda Persahabatan Berakhir

1. Sukar Dihubungi

Mungkin sahabat telah berpindah atau menukar nombor telefon tanpa memberitahu kamu. Ini menandakan si sahabat sedang cuba menjauhkan diri dari kamu!

2. Sahabat Tidak Lagi Mencari Kamu

Sukar untuk kamu menjejaki sahabat itu. Malah, kamu hanya mendapat khabar mengenainya itu pun hanya dari kawan-kawan yang lain.

3. Hilang Tanpa Khabar

Kamu tidak tau ke mana hilangnya sahabat itu. Dalam seminggu mungkin sekali saja kamu dapat menghubunginya. Itupun pelbagai alasan yang diberi seperti sedang sibuk, penat atau sedang bersiap-siap untuk bekerja di luar daerah untuk beberapa bulan!

4. Tidak Mempedulikan Kamu

Sahabat itu tidak lagi bertanya khabar mengenai diri kamu!

5. Hadiah yang Kamu Berikan Dimusnahkannya

Beberapa kali kamu terserampak dengannya, dia tidak lagi memakai jam yang kamu hadiahkan kepadanya seperti selalu. Malah gambar kamu berdua yang biasa tersimpan di dalam dompetnya juga sudah tidak kelihatan lagi...

6.Tiada Lagi Ucapan di Hari-hari Istimewamu!

Baik kamu telah meraih kejayaan kerana tamat pengajian atau kamu baru sahaja meraikan hari lahirmu, si sahabat langsung tidak memberikan sebarang ucapan selamat buat dirimu.

7. Mendampingi Sahabat Baru

Setiap kali kamu ajak sahabat itu untuk bertemu, dia akan membawa seorang kawan baru di sisinya. Malah dia dan rakannya itu kelihatan tergesa-gesa untuk meninggalkan kamu seperti ada program lain selepas itu.

8. Berterus Terang

Sahabat itu berterus terang dengan menyatakan bahawa kamu dengannya sudah tidak mempunyai persefahaman lagi. Malah pelbagai kata-kata dan persepsi negatif diberikan olehnya. Sahabat itu seolah-olah tidak yakin dengan hubungan persahabatan tersebut. Maka kamu harus menerima hakikat bahawa dia tidak mahu lagi meneruskan hubungan persahabatn dengan kamu lagi!!!


Ha...macamana? Pernah alami situasi macam ni ka?? Saya ada juga baru-baru ni..Tiba-tiba jak si kawan ni diamkan diri..Kalau kita sms, sepatah2 jak yang dia jawab..Dulu sama-sama kaki lepak, tiba-tiba kalau saya ajak kuar lepak minum...diam2 ja..kalau dia balas pun sms...banyaklah alasan2 yang dia bagi tu..Hehe...Sekarang saya tidak ganggu dia lagi la..tapi saya harap dia sentiasa maju dalam apa saja yang dia buat...:-)